Monday 5 March 2018

Alam sekitar

Penduduk melihat kolam bekas lombong
bauksit berhampiran Taman Sungai Karang
Jaya, Kuantan yang meragut nyawa tiga
kanak-kanak ketika tinjauan BERNAMA pada
5 Feb lalu. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik
penyitaan lebih 10 juta tan bauksit di
Pahang.
Ia selepas Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar (NRE), Jabatan Geosains dan
Mineral, serta kerajaan negeri setuju untuk
perkenalkan peraturan baharu bagi
mengekang salah laku dalam perlombongan
bauksit.
Menurut kenyataan SPRM hari ini, peraturan
itu juga diyakini dapat mengurangkan isu
rasuah dan salah guna kuasa dalam aktiviti
itu.
Penarikan semula arahan penyitaan bauksit
itu bagi membolehkan pengusaha bauksit
mengeluarkan timbunan bauksit dalam
tempoh morotarium yang masih
berkuatkuasa.
Sebelum itu, para pengusaha bauksit perlu
menandatangi satu aku janji tidak akan
terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa
untuk mendapatkan permit kebenaran (AP)
yang diluluskan NRE.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna
perlombongan baharu dibenarkan di negeri
itu.
Pada masa sama, SPRM akan bekerjasama
dengan NRE dan kerajaan negeri dalam
memantau pemindahan bauksit yang telah
diluluskan dan memastikan tidak berlaku
perlombongan baharu di kawasan yang tidak
dibenarkan.
Melanggar peraturan itu dan terlibat dalam
perlombongan tidak sah boleh dikenakan
tindakan undang-undang yang tertakluk
bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun
Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

CSR PROGRAMME

PENGEMALAN BARU DARI SYARIKAT FULKRUM PROGRAMME CSR&WED DESIGN IN 1 DAY SAYA DAPAT BANYAK ILMU DAN PENGETAHUAN DAN CARA YANG ...