Saturday 3 March 2018

ISI MENGGUNAKAN VAPE

ISU PENGGUNAAN VAPE MASIH SAMAR.

Isu penggunaan vape masih
'kabur' selepas negeri-negeri menyatakan
pendirian berbeza mengenai perkara tersebut.
Pakar kesihatan kini berbelah-bahagi mengenai
manfaat vape dan orang ramai masih keliru
berhubung hak mereka untuk menggunakan
produk tersebut.
Adakah penggunaan vape diputuskan kerajaan
Persekutuan atau negeri?
Persoalan ini masih belum jelas dikalangan
pengamal undang-undang.
Menurut peguam kanan, Datuk Salehuddin
Saidin, kerajaan negeri boleh mengharamkan
penjualan dan perbuatan vape mengikut
undang-undang yang ditetapkan pihak
berkuasa tempatan.
Beliau berkata kerajaan negeri berhak tidak
mengeluarkan lesen kepada peniaga vape dan
melarang penggunaan alatan tersebut di
kawasan yang ditetapkan.
"Ia tiada beza daripada menguatkuasakan
larangan zon merokok," katanya.
Kerajaan Melaka mengharamkan penjualan dan
penggunaan rokok elektronik atau vape
manakala Johor, Kelantan, Negeri Sembilan,
Terengganu dan Pahang telah sama ada
mengharamkan jualan atau memikirkan
larangan penjualan produk itu di kalangan
orang Islam.
Beberapa negeri lain masih diam membisu
mengenai perkara tersebut sementara
menunggu penjelasan daripada Kerajaan
Persekutuan.
Peguam kebebasan awam, Syahredzan Johan
berpendapat bahawa kerajaan negeri tidak
boleh menghalang rakyat Malaysia daripada
menggunakan vape kerana perkara itu hanya
boleh diputuskan di peringkat kerajaan
Persekutuan.
Beliau berkata kerajaan negeri bagaimanapun
boleh mengharamkan penjualan rokok
elekrtonik menerusi peraturan yang ditetapkan
pihak berkuasa tempatan.
"Jika perniagaan itu diharamkan, peniaga boleh
mempertikaikan tindakan tersebut sebagai
tidak adil dan tidak munasabah, jika ia
dikenakan selepas lesen dikeluarkan.
"Jika kerajaan cuba menghentikan orang ramai
menggunakan vape, ia boleh dicabar di
mahkamah kerana undang-undang itu hanya
diputuskan kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata keputusan Majlis Fatwa Negeri
yang melarang umat Islam daripada
menggunakan vape hanya berkuatkuasa apabila
ia diwartakan.
Peguam jenayah Joshua Tay juga berkata hanya
Kerajaan Persekutuan boleh memutuskan
penggunaan vape sebagai perbuatan jenayah
kerana sekatan keseksaan bukan terletak
dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Pengarah Institut Perubatan Respiratori Kuala
Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif
berkata Kementerian Kesihatan sedang
mengkaji untuk memasukkan peraturan
penggunaan vape dan rokok elekronik di
bawah Akta Racun.

No comments:

Post a Comment

CSR PROGRAMME

PENGEMALAN BARU DARI SYARIKAT FULKRUM PROGRAMME CSR&WED DESIGN IN 1 DAY SAYA DAPAT BANYAK ILMU DAN PENGETAHUAN DAN CARA YANG ...