Saturday 3 March 2018

ISU MAKANAN TARIKH LUPUT

ISU PENJUALAN MAKANAN MELEPASI TARIKH LUPUT.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum
laporan oleh pelbagai akhbar tempatan pada
11 Oktober 2013 berhubung hasil pemantauan
oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) di tiga (3) buah pasaraya yang
mendapati 75 makanan yang telah melepasi
tarikh luput masih dijual di pasaraya tersebut.
Peraturan 14(4), Peraturan-Peraturan Makanan
1985 menetapkan bahawa hanya makanan yang
disenaraikan di dalam Jadual Kelima peraturan
tersebut perlu mempunyai penandaan tarikh
luput pada labelnya. Manakala Peraturan 14(9)
di bawah peraturan yang sama melarang
pengimportan, penyediaan untuk jualan atau
penjualan apa-apa makanan yang telah
melepasi tarikh luput. Kegagalan mematuhi
peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan
jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak
melebih RM5,000 atau dipenjara tidak
melebihi tempoh dua (2) tahun atau kedua-
duanya.
Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan sentiasa
menjalankan operasi rampasan makanan bagi
kesalahan dari segi keadaan bungkusan dan
pelabelan, termasuk tarikh luput. Sepanjang
tempoh di antara 2010 hingga 2012, makanan
bernilai RM4,699,110.39 telah dirampas di
seluruh negara atas pelbagai kesalahan,
termasuk kesalahan melibatkan makanan yang
telah melepasi tarikh luput. Kementerian
Kesihatan akan terus meningkatkan operasi
tersebut dari semasa ke semasa untuk
memastikan peniaga tidak menjual makanan
yang telah melepasi tarikh luput.
Di samping itu, Kementerian Kesihatan
menasihatkan orang ramai agar sentiasa
meneliti label pada pembungkus makanan
sebelum membeli sesuatu makanan agar tidak
terbeli makanan yang telah melepasi tarikh
luput. Orang ramai juga boleh membuat aduan
ke atas mana-mana premis runcit yang menjual
makanan yang telah melepasi tarikh luput di
Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan
Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman
web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM) http://fsq.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment

CSR PROGRAMME

PENGEMALAN BARU DARI SYARIKAT FULKRUM PROGRAMME CSR&WED DESIGN IN 1 DAY SAYA DAPAT BANYAK ILMU DAN PENGETAHUAN DAN CARA YANG ...